Rekod Buruk Iringi Penyingkiran Skuad Muda Thailand
MakanBola
changsuek
Sponsors

Skuad bawah 17 tahun Thailand mengakhiri perjalanan Piala Asia B-17 di Arab Saudi dengan cara yang paling suram selepas mencatatkan rekod buruk sepanjang kejohanan.

Thailand yang diletakkan di Kumpulan A bersama-sama Arab Saudi, China dan Uzbekistan terpaksa akur dengan pulang tanpa sebarang mata.

Ad

Pada aksi sulung, Thailand dibelasah Uzbekistan dengan keputusan 4-1. Kekalahan terus dicatatkan Thailand pada perlawanan kedua selepas tewas kepada Arab Saudi dengan keputusan 3-1.

Ad

Dua kekalahan awal itu menyaksikan Thailand sudah pun mengesahkan penyingkiran seawal peringkat kumpulan dengan aksi akhir bertemu China sebagai pelengkap jadual.

Pada aksi terakhir, Thailand turut mencatatkan kekalahan dengan tewas 0-2 kepada China yang turut sudah tersingkir daripada kejohanan.

Ad

Dengan penyingkiran Thailand itu, kini Asia Tenggara hanya mempunyai satu lagi wakil untuk mengiringi Indonesia ke peringkat suku akhir iaitu Vietnam.

Ad

Vietnam yang berada di kedudukan ketiga dalam kumpulan B kini masih berpeluang untuk layak ke suku akhir sekali gus slot automatik ke Piala Dunia B-17.

Lawan Vietnam pada aksi terakhir kumpulan B ialah Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang hanya berkelebihan satu mata berbanding Vietnam.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments