Malaysia berpotensi besar untuk memanfaatkan kelemahan jurulatih baharu Korea Selatan, Jurgen Klinsmann ketika saingan Piala Asia bakal membuka tirai 10 bulan lagi.
Pengendali kelahiran Jerman itu merupakan jurulatih baharu yang dibawa masuk oleh Persatuan Bolasepak Korea Selatan (KFA) selepas memecat pengendali terdahulu, Paulo Bento.
Beberapa laporan memberitahu bahawa Jurgen Klinsmann bukanlah calon utama untuk mengisi kekosongan tersebut namun hubungan baiknya bersama Pengarah Teknikal KFA menoktahkan segalanya.
Perkara ini juga membuka ruang kepada Harimau Malaya untuk menyelidik kelemahan pengendali kelahiran Jerman itu apabila beliau sebenarnya telah dipecat beberapa kali oleh bekas majikannya.
Menerusi analisis yang dilakukan oleh The Asian Game, antara titik kelemahan dalam pengurusan bekas jurulatih pasukan kebangsaan Amerika Syarikat ini adalah dari segi prestasinya yang kurang memuaskan ketika berdepan pasukan pertengahan mampu dimanfaatkan oleh Malaysia.
Beliau yang pernah mengemudi beberapa pasukan seperti Bayern Munich, Jerman, USA dan lain lagi namun gagal mencipta impak yang diharapkan.
USA tewas dalam kejohanan CONCACAF Gold Cup pada separuh akhir dan juga penentuan tempat ke-3 menentang Panama sekaligus mencatat persembahan terburuk sejak tahun 2000.
Detik yang mendorong kepada pemecatan jurulatih berusia 58 tahun itu pada Kelayakan Piala Dunia apabila USA tewas mengejut kepada Mexico dan juga Costa Rica sehingga terpelosok ke dasar kumpulan.
Ini juga menggambarkan bahawa percaturan Klinsmann seringkali bermasalah apabila bertemu dengan lawan yang berada pada kedudukan yang lebih bawah dari pasukannya.
Beliau juga pernah membimbing pasukan Bundesliga, Hertha BSC namun hanya bertahan selama 10 minggu.
Malaysia bakal bertemu Korea Selatan pada aksi terakhir kumpulan sambil mengharapkan kemenangan dalam dua aksi awal berdepan Jordan dan Bahrain bakal menjadi motivasi terbaik.