Rekod Jaringan David Da Silva Makin Memukau Di Indonesia
Asia Tenggara
Persib Bandung
Advertisements

Sejak Persib Bandung dibimbing bekas jurulatih KL City FC, Bojan Hodak, David da Silva semakin menyerlah sebagai peledak utama mereka musim ini.

Ini kerana berdasarkan prestasi semasa beliau, bekas penyerang Terengganu FC itu sudah meledakkan 14 gol setakat ini.

Ini sekaligus menyamai rekod 14 gol da Silva semasa bersama Persebaya Surabaya pada musim 2018-2019 seperti direkodkan oleh Transfermarkt.

Advertisements

Rekod terbaik beliau sebagai peledak gol dalam kariernya ialah 24 gol bersama Pangeran Biru pada musim lepas.

Da Silva kini memerlukan 10 gol bagi menyamai rekod yang diciptanya itu. Dengan Liga 1 Indonesia sudah memasuki pusingan kedua, tidak mustahil jumlah gol tersebut dapat dipintas sebelum tamat musim ini.

Ini kerana corak permainan Pangeran Biru yang efisien diterapkan Hodak membenarkan barisan serangan mereka diketuai da Silva lebih pantas menghidu peluang gol.

Advertisements

Selain bekas penyerang skuad Penyu itu, rakan senegara Ciro Alves turut mendapat manfaat daripada perubahan corak permainan yang diterapkan jurulatih Croatia itu.

Alves kini sudah menjaringkan 11 gol musim ini sekaligus mengatasi rekod 10 golnya bersama Persib pada musim lepas.

Keberkesanan dua peledak Brazil itu pastinya ditagih Hodak untuk membantu Pangeran Biru menghambat Borneo FC yang menerajui persada Liga 1 Indonesia ketika ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram