Advertisements
Rekod Kebal Al-Hilal Tak Tercalar, Kalahkan Al-Ittihad
Asia
MakanBola
Al-Hilal

Pendahulu Saudi Pro League, Al-Hilal terus mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menewaskan satu lagi kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad.

Advertisement

The Blue Waves perlu menang hari ini jika mahu mengekalkan kelebihan sembilan mata di hadapan Al-Nassr.

Manakala The Tigers pula ingin mengekalkan rekod enam perlawanan tanpa kalah dalam semua kejohanan yang dicatatkan sejak 4 Februari lalu.

Advertisement

Al-Ittihad yang dibimbing Marcelo Gallardo mencipta kejutan dengan tidak menurunkan penyerang legenda Perancis, Karim Benzema. Sebaliknya, Romarinho dipilih berpasangan dengan penyerang Maghribi, Abderrazak Hamdallah.

Ketiadaan bekas penyerang Real Madrid itu membuka peluang buat Al-Hilal mendominasi perlawanan sebaik wisel ditiup.

Advertisement

Bagaimanapun, The Tigers mencipta kejutan dengan mendahului pada minit ke-12 menerusi bekas jeneral tengah Chelsea, N’Golo Kante.

Advertisement

Tersentak, tuan rumah yang dibimbing Jorge Jesus menggandakan asakan untuk memburu gol penyamaan. Hasilnya, Saleh Al-Shehri menyamakan kedudukan pada minit ke-39.

The Blue Waves berusaha mencari gol tambahan tetapi keputusan 1-1 kekal sehingga rehat separuh masa.

Advertisement

Bersambung selepas rehat, tuan rumah yang mendapat sokongan padu penyokong terus meningkatkan tekanan ke atas The Tigers.

Akhirnya, gol kedua yang dicari muncul pada minit ke-59 menerusi pemain sayap Brazil, Malcom. Ini merupakan gol ke-10 beliau dalam liga musim ini.

Bek kanan Al-Hilal, Saud Abdulhamid melengkapkan kemenangan tuan rumah dengan meledakkan gol ketiga pada minit ke-67. Keputusan 3-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan ini memperkukuh kedudukan Al-Hilal di persada liga dengan 62 mata. Sementara Al-Ittihad pula kekal di tangga kelima liga dengan 37 mata.

Sergej Milinkovic-Savic dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan hari ini oleh Sofascore dengan markah 8.7 mata.

Al-Ittihad perlu bangkit kerana mereka bakal berdepan lawan sama dalam suku akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL) pada 6 Mac ini.