Rekod kemenangan yang dicatatkan oleh juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) lebur.
Skuad kendalian Hector Bidoglio terpaksa berpuas hati apabila mengutip satu mata menentang PDRM di Stadium Selayang.
Jaringan Shahrel Fikri memastikan The Kops mencuri satu mata di laman sendiri untuk menapak lebih baik dalam kedudukan Liga Super.
JDT mengekalkan rekod bersih dengan semua kemenangan sejak aksi pertama musim ini termasuklah ketika menewaskan Terengganu 4-0 di laman sendiri.
Keputusan seri ini direkodkan kali pertama selepas mengharungi 10 perlawanan dengan begitu cemerlang.
Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio terus memburu kemenangan namun rezeki tidak memihak kepada pasukan bimbingannya.
Saya sentiasa mensasarkan untuk menang tapi inilah bola sepak, semua pasukan bekerja keras.
“Bagi kami semua perlawanan adalah sukar, saya sukakan kemenangan dan pemain telah bekerja keras setiap masa,” ujar Hector Bidoglio.
JDT akan bertemu Kedah bagi aksi separuh akhir di laman sendiri pada 4 Ogos 2024.