Reputasi Besar Witan Sulaeman Tercalar Di Liga Indonesia
Asia Tenggara
Persija
Advertisements

Pemain Persija Jakarta FC, Witan Sulaeman berharap mendapatkan lebih banyak minit permainan bersama jurulatih baharu itu selepas Mario Gomez dipecat oleh Bhayangkara FC.

Mario Gomez kini tidak lagi mengendalikan Bhayangkara selepas beberapa siri keputusan yang kurang memuaskan dengan hanya mendapat satu kemenangan, lima seri dan tiga kekalahan musim ini.

Bekas jurulatih Persib Bandung itu dianggap gagal membawa pasukan itu keluar dari zon penyingkiran dan kini berada di tangga tercorot dengan 15 mata daripada 26 perlawanan.

Advertisements

“Kenapa saya hanya bermain 45 minit daripada dua perlawanan ketika menentang PSS Sleman dan Borneo FC tempoh hari, mungkin itu strategi jurulatih, dan sebagai pemain saya hanya boleh menghormati keputusan jurulatih terdahulu, Mario Gomez,” katanya.

Sejak dipinjamkan oleh Persija Jakarta kepada Bhayangkara November lalu, pemain berusia 22 tahun itu hanya beraksi enam perlawanan, yang mana dia tidak pernah bermain sepenuhnya.

Sehingga kini, Witan masih belum menyumbang lebih kepada gol atau bantuan di Bhayangkara FC. Ini menyebabkan reputasi besar beliau dilihat tercalar di Liga Indonesia.

Advertisements

Situasi ini tentunya berbeza ketika masih mempertahankan Persija musim ini, di mana beliau bermain 18 perlawanan dengan tiga perlawanan penuh dan dapat mencetak tiga gol dan lima assist.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram