Pengendali Arab Saudi menzahirkan kekecewaan selepas tunduk di tangan Indonesia.
Aksi keenam pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026 menyaksikan Arab Saudi datang ke Stadium Gelora Bung Karno turun dengan momentum yang kurang baik.
Peluang itu dimanfaatkan oleh anak buah Shin Tae-yong apabila dua jaringan Marselino Ferdinan memastikan Indonesia melakar kemenangan 2-0 ke atas Arab Saudi.
Menurut pemerhatian Harve Renard, beliau memaklumkan bahawa Sang Garuda layak untuk mendapat tiga mata pada pertemuan itu.
“Tahniah untuk Timnas Indonesia, mereka layak menang malam ini. Indonesia memulakan pertandingan dengan intensiti yang bagus.
“Kami (Arab Saudi) dihukum malam ini. Maka saya katakan sekali lagi, saya menerima cabaran dan tanggung jawab ini,” kata Herve Renard.
Beliau bagaimanapun mahu melihat Arab Saudi menamatkan saingan pada kedudukan kedua peringkat kumpulan.
“Kami akan berusaha untuk menamatkan saingan kumpulan di tangga kedua. Seperti yang saya katakan, Indonesia layak menang hari ini.
“Tapi ini baru satu perlawanan (masih ada aksi lain), pada akhirnya kami akan berusaha mencapai tujuan kami,” tambah pengendali kelahiran Perancis tersebut.
Indonesia kini menghuni tangga ketiga kumpulan dengan 6 mata dan terikat dengan Arab Saudi, Bahrain dan China.