Respon Pau Marti Selepas Malaysia Seri Dengan Auckland
MakanBola
FA MALAYSIA
Sponsors

Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti berpuas hati dengan prestasi skuad kebangsaan selepas diikat Auckland FC.

Harimau Malaya berterima kasih dengan jaringan penyamaan perancang tengah, Nooa Laine yang menyaksikan Malaysia meraih keputusan seri menentang Auckland.

Ad

Kelab baharu di A-League itu memberi cabaran hebat dari aspek fizikal dan juga kelajuan menurut pemerhatian pengendali kelahiran Sepanyol itu.

Ad

Katanya, persiapan ini baik buat anak buahnya memandangkan pertemuan dengan New Zealand merupakan ujian sebenar.

“Kita mengharungi aksi yang baik menentang Auckland FC. Walaupun mereka kelab baru, mereka telah melabur banyak untuk memantapkan pasukan.

Ad

“Ini menjadi ujian yang baik buat Harimau Malaya terutamanya kerana kita bakal menghadapi New Zealand. Kita menjangkakan aksi yang sama, amat fizikal dan laju.

Ad

Beliau juga gembira apabila dapat memberikan ruang kepada 22 orang pemain beraksi bagi mengenal pasti barisan terbaik berdepan All Whites.

Ad

“Saya amat gembira dengan komitmen pemain negara. Selepas bolos babak pertama, kita melakukan 9 pertukaran dengan kebanyakan pemain beraksi 45 minit sahaja,” jelasnya kepada FA Malaysia.

Aksi antara Malaysia dan New Zealand akan berlangsung pada 14 Oktober 2024 jam 2 petang di Auckland.