Pasukan kebangsaan Sri Lanka giat mempersiapkan pasukan pada kempen Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.
Skuad kendalian Abdullah Al-Mutairi beraksi dalam Kumpulan D bersama sama Turkmenistan, Thailand dan juga Chinese Taipei.
Pasukan yang kini menduduki tangga ke-194 dunia itu berjaya merekodkan dua kemenangan dan tiga tewas selepas lima perlawanan, berbaki satu lagi aksi sebelum tirai saingan kelayakan berakhir.
Prestasi semasa Sri Lanka dibantu dengan kehadiran tujuh pemain warisan yang berjaya meningkatkan prestasi semasa pasukan.
Pada posisi pertahanan, Abdullah mempertaruhkan gandingan bintang di England, Garrett Kelly yang beraksi buat Soul Tower Hamlets di Essex Senior League (Amateur) bersama Jason Thayarapan serta Claudio Kammerknecht yang beraksi di Jerman.
Jentera tengah Sri Lanka pula dikemudi dengan pengalaman yang dimiliki oleh bintang Hansa Luneburg (Jerman), Leon Perera dan dan Geremy Perera yang beraksi di SC Eltersdorf.
Bintang kelahiran Liverpool, Sam Durrant kini beraksi di Azerbaijan bersama-sama Dillon De Silva yang beraksi di England menjadi sandaran utama posisi serangan Sri Lanka.
The Golden Army masih memiliki pemain untuk masuk selaku pemain gantian seperti Wade Dekker, Regize Canistan dan juga penyerang, Oliver Kelaart.
Ujian terakhir Sri Lanka pada peringkat kumpulan adalah aksi menentang Chinese Taipei pada 31 Mac 2026 jam 8.00 malam.