Dunia
Advertisements

Imbas kembali Everton pada awal tahun 2000, kehadiran David Moyes pada tahun 2002 telah mengubah nasib Everton daripada terhimpit di zon penyingkiran kepada kelab yang konsisten di liga.

Moyes hadir menggantikan Walter Smith setelah Everton hampir tersingkir ke Championship dan berjaya membantu Everton menduduki tangga ke-15 pada penghujung musim. Musim berikutnya menyaksikan Everton melakukan kebangkitan meraih tangga ketujuh liga setelah beberapa musim yang mengecewakan.

Musim 2003/2004 bagaimanapun Everton kembali jatuh ke tangga 17 liga di akhir musim namun Moyes terus diberi kepercayaan untuk mengemudi Everton.

Advertisements

Everton kembali menyengat pada musim 2004/2005 dengan kedudukan ke empat liga. Prestasi Everton kemudiannya terus konsisten dengan menamatkan liga di antara kedudukan ke 5 hingga 11 liga.

Nama-nama seperti Tim Cahill, Leighton Baines, Phil Jagielka, Maroune Fellaini dan Tim Howard memainkan peranan besar ketika era David Moyes. Wonderkid mereka, Wayne Rooney juga antara bukti kemampuan Moyes untuk mengesan bakat muda.

marco silva david moyes everton 1hdf0fvo5dboi1aeg62wln4h4d Revolusi Kebangkitan Everton Era Moyes Kembali Disambung Ancelotti

Pada tahun 2013, David Moyes telah menyertai Manchester United dan Everton melantik Roberto Martinez sebagai pengurus mereka. Musim pertama Everton bersama R.Martinez agak cemerlang apabila kelab tersebut meraih tangga kelima liga.

Advertisements

Namun semuanya seakan tidak menjadi buat Everton pada musim seterusnya apabila sekadar meraih tangga ke-11 liga. Roberto Martinez akhirnya dipecat dan pengurus datang silih berganti.

David Unsworth, Ronald Koeman, Sam Allardyce, Marco Silva dan Duncan Ferguson antara nama-nama yang sempat mengurus Everton. Namun kesemua nama ini gagal bertahan dan masing-masing hanya mengurus tidak lebih dua musim di Everton.

Kebanyakan pengurus seperti Koeman, Unsworth, dan Silva dipecat ketika pertengahan musim yang menyaksikan Everton berada di zon penyingkiran.

Advertisements

Everton dilihat tidak konsisten dalam memberi saingan dalam liga. Walaupun kebanyakan pengurus berjaya di musim pertama, mereka gagal di musim seterusnya.

Musim lalu, prestasi tidak menentu Everton meyebabkan kelab hampir tersingkir namun kehadiran Duncan Ferguson sebagai pengurus interim dan seterusnya Carlo Ancelotti sebagai pengurus tetap membantu Everton melonjak ke tangga-15 liga.

Agak mengejutkan apabila Ancelotti bakal mengurus Everton kerana Acelotti merupakan pengurus yang telah banyak menjuarai piala bersama kelab-kelab besar seperti Juventus, Napoli, AC Milan, Chelsea, PSG, Real Madrid dan Bayern Munich.

Advertisements

Kemasukan Ancelotti telah menyebabkan ramai peminat bola sepak mengatakan rekod Ancelotti sebagai pengurus yang hebat tercalar kerana menyertai Everton yang merupakan kelab pertengahan liga.

Namun kewibawaan Ancelotti antara faktor yang mengubah pembelian pemain Everton apabila kelab tersebut mampu menarik nama-nama besar dan berbakat menyertai mereka.

Dibandingkan dengan awal musim lalu di bawah kendalian Marco Silva, Everton berbelanja sebanyak €121m. Antara pemain yang dibawa masuk ialah Alex Iwobi,Moise Kean, Fabian Delph, Jean-Philippe Gbamin dan Andre Gomes.

Namun tidak kesemuanya beraksi dengan baik. Andre Gomes mungkin antara pembelian berbaloi namun kecederaan ngeri menyaksikan beliau terlepas banyak perlawanan.

Apabila Ancelotti hadir, Everton berbelanja sekitar €75m sahaja. €36m lebih rendah berbanding musim lalu namun pemain yang hadir cukup mengujakan penyokong The Toffees.

Kehadiran Allan, Abdoulaye Doucoure dan Ben Godfrey dilihat pembelian yang bagus kerana prestasi mereka yang bagus di kelab terdahulu. Namun perpindahan James Rodriguez antara yang paling mencuri tumpuan.

Siapa sangka big name player seperti James akan menyertai Everton. Everton mungkin kelab yang agak besar dalam Premier League namun mereka bukanlah pencabar kejuaraan yang tetap.

Hubungan baik Ancelotti dengan James memudahkan lagi perpindahan James dan yang lebih menguntungkan apabila James berpindah secara percuma dari Real Madrid. Jika diikutkan nilai semasa, James bernilai €32m.

Ancelotti mengubah nasib Everton yang sentiasa bergelut dalam saingan awal musim. Jika kebanyakan pengurus terdahulu dipecat kerana poor performances di awal musim, ini berbeza dengan Ancelotti.

Ancelotti telah meraih 4 kemenangan dalam 4 perlawanan pertama dan Everton menduduki tangga pertama liga setakat ini. Masih awal untuk mengatakan Everton mampu mencabar kejuaraan yang didominasi oleh kelab seperti Liverpool, Chelsea, Manchester United, Manchester City, Arsenal dan Tottenham.

Namun begitu perubahan yang jelas di bawah Ancelotti mungkin mengubah tanggapan semua orang. Dominic Calvert-Lewin telah berubah menjadi penyerang yang tajam di depan gol. Kehadiran James, Allan dan Doucoure juga membaiki aspek tengah Everton.

Di barisan pertahanan, Everton dilihat masih rapuh walaupun dibarisi Michael Keane, Yerry Mina, Lucas Digne, Seamus Coleman. Kecederaan Mason Holgate juga sedikit mengganggu persiapan Everton. Namun dengan kehadiran Ben Godfrey di akhir hari perpindahan mungkin melegakan skuad Everton.

Everton kali ini lebih tajam dalam menyerang dan kehadiran trio tengah yang kreatif dan berbahaya meningkatkan lagi aspek permaianan mereka. Ancelotti lebih gemar bermain short pass dan higher pace. Aspek positioning juga ditambah baik oleh Ancelotti.

Mengikut statistik, Everton kini lebih banyak melakukan passing dan shot. Ketepatan hantaran mereka juga meningkat di bawah Ancelotti.

Musim masih panjang buat Everton namun kredibiliti Ancelotti seharusnya dipuji kerana telah mengubah skuad Everton menjadi skuad yang bakal memberi tentangan hebat di Premier League.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram