Revolusi sukan Pickleball di Malaysia sudah mula kelihatan sekaligus merancakkan arena sukan dalam negara.
Sukan yang terkenal dengan menggabungkan elemen badminton, ping pong dan tenis ini berjaya menarik minat rakyat Malaysia yang sudah mula berjinak-jinak dalam sukan ini.
Malah, usaha pencarian permata Pickleball dapat dilihat menerusi beberapa insentif selepas Selangor mengumumkan peruntukan RM1 Juta dan menjadi negeri pertama menganjurkan sukan ini pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026.
Perkara ini disahkan oleh Menteri Besar Selangor, YB Amiruddin Shari dalam tentatif Belanjawan Selangor tahun 2025.
Skechers menyambut baik usaha mempromosikan sukan Pickleball ini menerusi pelancaran kasut baharu yang memiliki kelas tersendiri.
“Berikutan kejayaan pelancaran tahun lepas, Skechers Viper Court Pro dan Skechers Viper Court Rally hadir dengan Skechers Hands Free Slips-in untuk membolehkan pemain menyarung kasut dengan mudah sebagai persediaan untuk permainan mereka.
“Merentasi sempadan keselesaan dan prestasi, kasut ini juga menampilkan kusyen Ultra Flight untuk keselesaan dan responsif ringan yang unggul menerusi Goodyear Performance Outsole termaju.
Hal ini yang sesuai untuk pemain yang mencari daya tarikan, kestabilan dan ketahanan yang dipertingkatkan dalam kedua-dua permukaan dalaman dan luaran.
Pickleball kini semakin mendapat tarikan di Malaysia kerana ia menggabungkan elemen tenis, badminton dan pingpong sekaligus menjadikan kasut yang dilancarkan oleh Skechers sebagai satu elemen penting bagi permainan ini.
Baru-baru ini, Sarawak juga telah menganjurkan Borneo Pickleball International Tournament yang menarik minat 500 pemain dan sekitar 2000 pengunjung.