Rezal Zambery: Kelantan Darul Naim Perlu Baiki Kualiti Penyudah
MakanBola
Kelantan Darul Naim FC

Penolong ketua jurulatih Kelantan Darul Naim, Rezal Zambery Yahya mengakui kualiti penyudah akan menjadi fokus utama pasukan setelah meraih keputusan seri menentang Sri Pahang.

Kelantan DN menjaringkan gol pendahuluan pada babak pertama menerusi jaringan Washington Brandao tetapi Sri Pahang bangkit mengikat pasukan kendalian Park Jae-hong pada separuh masa kedua.

Ad

Kelantan DN memiliki beberapa peluang keemasan untuk menambah jaringan tetapi beberapa percubaan gagal menerjah jaring sekaligus perlawanan berakhir seri 1-1.

Ad

Perkara tersebut diakui Rezal Zambery setelah tamat perlawanan yang beranggapan Kelantan DN berpeluang meraih keputusan positif berdasarkan corak permainan yang ditampilkan dalam aksi tersebut.

“Kita dikecewakan dengan kesilapan mudah. Kalau tidak kita dapat kutip tiga mata positif.”

Ad

“KDNFC juga lebih banyak mencipta peluang tetapi tak dapat tukar kepada jaringan gol. Ini yang kami kena baiki.”

Ad

“Apapun, satu mata ini, Alhamdulillah. Mata yang sangat berharga. Untuk perlawanan selepas ini, KDNFC akan terus meningkat.” ujar Rezal Zambery menurut hantaran Kelantan Darul Naim FC.

Ad

Skuad Kijang Emas seterusnya akan bertandang ke Stadium Likas pada 3 November kelak untuk aksi Liga Super bertemu pasukan Sabah.

Kelantan Darul Naim kini berada di tangga ke-12 liga dengan mengumpul 7 mata hasil 2 kemenangan, 1 seri dan 10 kekalahan dalam 13 perlawanan Liga Super setakat ini.

Kelantan Darul Naim hanya dipisahkan satu mata dengan Negeri Sembilan yang berada di kedudukan terakhir Liga Super yang kini meraih 6 mata dalam 12 perlawanan liga.