Rezal Zambery: Rehat Panjang Jejas Momentum Kelantan DN
MakanBola
KDN FC

Penolong ketua jurulatih Kelantan Darul Naim, Rezal Zambery Yahya mengakui momentum anak buahnya sedikit terjejas sewaktu aksi menentang Kedah Darul Aman.

Kelantan DN tewas 3-0 ke atas Kedah di gelanggang lawan hasil jaringan Rizal Ghazali, Syafiq Ahmad dan Sony Norde sekaligus merekodkan kekalahan keempat pasukan dalam saingan Liga Super.

Ad

Rizal Zambery berpandangan prestasi pemain Kelantan DN menurun berdepan Kedah ekoran liga berehat panjang.

Ad

Barisan pemain Kedah yang lebih berpengalaman dan bagus juga menjadi faktor pasukan tersebut tampil lebih dominan berbanding pasukan Kelantan dalam aksi tersebut.

“Pada perlawanan ini, Kedah nyata lebih baik dan pemain mereka juga lebih berpengalaman. Dalam bola sepak, kami tetap kena berlawan sebab itu kami kena salahkan diri sendiri”.

“Kami sebenarnya kena jaringan gol yang sepatutnya tidak boleh diterima hasil kesilapan individu, sebab itu pada babak kedua kami terpaksa ubah perancangan, ubah formasi dari 352 kepada 433 untuk cuba mencari jaringan tetapi gagal”

Ad

“Jika kita lihat perlawanan demi perlawanan terutamanya ketika melawan PDRM, kami meningkat tetapi pada aksi malam ini seakan ada penurunan prestasi. Momentum kami hilang selepas liga berehat panjang, berbeza dengan Kedah kerana mereka ada perlawanan pada setiap minggu”.

Ad

“Jika berterusan begini, memang merisaukan kerana kami kalah 4 dari 5 perlawanan. Sudah pasti untuk mengharungi baki liga kami kena tingkatkan prestasi. Pihak kejurulatihan akan melihat semula apa sebenarnya yang berlaku untuk meningkatkan semula pemain ke tahap sepatutnya”. ujar Rezal Zambery.

Aksi terakhir Kelantan DN sebelum menentang Kedah adalah perlawanan bertemu PDRM pada 20 hari yang lalu yang menyaksikan Kelantan meraih kemenangan pertama dalam liga hasil jaringan Oday Kharoub.

Kelantan yang tersingkir daripada pusingan 16 saingan Piala FA menyebabkan pasukan tersebut tidak mempunyai sebarang perlawanan selepas aksi melawan PDRM pada bulan lalu.

Skuad kendalian Park Jae-Hong seterusnya akan menentang Perak di Stadium Sultan Muhammad IV pada 26 Julai kelak untuk aksi Liga Super 2024/2025.