Tuah dan rezeki seorang pemandu Grab, Mohamad Firdaus bin Yusof atau lebih dikenali sebagai Santo telah menjadi johan Liga Penalti Gorilla 2022 edisi pertama yang diadakan baru baru ini.
Berbanding dengan pasukan lain yang mendaftar 5 pemain, Santo merupakan satu satunya pasukan yang hanya mendaftar satu pemain sahaja. Sebelum layak ke peringkat akhir, lebih 50 sepakan penalti telah diambil oleh Santo dan beliau juga telah menyelamatkan lebih 20 sepakan penalti dari pasukan lawan.
Santo, 32 tahun yang menetap di Cheras, Kuala Lumpur telah mula mengambil bahagian dalam sukan Liga Penalti sejak tahun 2017. Hampir setiap minggu Santo menyertai Liga Penalti yang dianjurkan sekitar Lembah Klang.
Saya memilih untuk sertai Liga Penalti kerana saya boleh bermain secara berseorangan, tak banyak rules macam bolasepak dan mudah disertai.
Sebanyak 130 pasukan telah menyertai Liga Penalti Gorilla 2022 dan 16 pasukan Bola Jaring telah menyertai Liga Bola Jaring Gorilla yang telah berlangsung di Radia Arena, Bukit Jelutong, Shah Alam. Pemenang-pemenang membawa pulang wang tunai bersama piala berserta barangan rasmi daripada Gorilla.
Pengurus Pemasaran Guerilla PLT, Nik Nur Syazwani Natasya Binti Nik Mohd Juzaili telah menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.
Saya sangat gembira membawa pulang hadiah kemenangan yang lumayan, komen Santo.
Acara Liga Penalti Gorilla 2022 ini diserikan lagi dengan kehadiran dua pemain muda dari pasukan Liga Super Kelab Bola Sepak Selangor.
Ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial kepada orang ramai dimana sukan Liga Penalti tidak memerlukan skill atau stamina yang tinggi dan boleh disertai oleh semua peringkat umur dan golongan. Kami bercadang untuk menganjurkan Liga Penalti Gorilla peringkat akar umbi pada masa akan datang, ulas Nik Nur Syazwani Natasya Binti Nik Mohd Juzaili.