Richard Chin Kini Bergelar Pemain Malaysia
Harimau Malaya
Richard Chin
Advertisements

Bek tengah muda Charlton Athletic, Richard Chin kini sah bergelar pemain skuad B-23 Malaysia.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan sukan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam menerusi satu perkongsian di X.

Difahamkan proses dokumentasi membabitkan pemain berdarah Malaysia-England itu telah dimuktamadkan.

Advertisements

Keadaan ini membolehkan beliau menyertai skuad Harimau Muda yang dibimbing Juan Torres Garrido biarpun namanya tiada dalam senarai 24 pemain yang dipanggil menyertai pasukan itu.

Sebelum itu, Richard dikatakan berada di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) semalam menerusi Instagram Story seperti dikongsikan akaun X Harimau Abroad.

Malah, ramai peminat Harimau Malaya terkejut melihat beliau bersama pemain-pemain Harimau Muda lain di SNBJ semalam.

Advertisements

Justeru, ramai berharap hajat melihat Richard menyarung jersi skuad kebangsaan bakal menjadi kenyataan.

Pemain pertahanan The Addicks itu menjadi pemain ketiga yang berpangkalan di luar negara menyertai skuad B-23 kebangsaan selepas Nooa Laine dan Luqman Hakim Shamsudin.

Kebolehannya beraksi di beberapa posisi pertahanan bakal menjadi aset kepada Garrido menjelang saingan Piala Asia B-23 yang berlangsung pada tahun hadapan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram