Nama bintang muda Malaysia, Richard Chin kembali menjadi bualan peminat Harimau Malaya.
Ini kerana pemain berusia 22 tahun itu meledakkan gol menarik buat Farnborough FC dalam aksi terbaru National League South (divisyen enam England) menentang Chesham United.
Richard terlebih dahulu meletakkan Farnborough di hadapan seawal minit keempat. Beliau bertindak melambungkan bola ke arah gol meskipun dirinya membelakangi pertahanan lawan.
Gol ala Puskas itu juga merupakan gol ketujuhnya bersama The Yellows selepas menyertai kelab itu pada Ogos 2024.
Chesham kemudiannya meraih kemenangan menerusi Mitchell Weiss dan Samson Esan. Kekalahan itu menyaksikan tuan rumah berkongsi 59 mata dengan Farnsborough.
Meskipun tewas, prestasi baik Richard bersama Farnsborough dilihat berita baik buat pengendali skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Nafuzi Zain dan jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski.
Ini kerana beliau menunjukkan prestasi baik bila diberi peluang beraksi kerap dalam kesebelasan utama.
Selain menjaringkan tujuh gol, Richard turut mencipta enam bantuan gol buat The Yellows dalam 38 penampilan.