Richard Chin & Nooa Laine Pimpin Skuad Muda Negara Ke Kelayakan Piala Asia
Harimau Malaya
@richardchin_
Advertisements

Selepas gagal layak ke final Sukan SEA 2023, skuad B-23 negara amat memerlukan suntikan pemain baru yang mampu membawa mereka ke hadapan. Hari ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin mendedahkan Richard Chin bakal membantu Harimau Muda untuk kempen Kelayakan Piala Asia B-23 pada September ini.

Kelibat bek tengah muda Charlton Athletic itu sememangnya dinantikan ramai peminat bola sepak negara. Sekiranya proses mendapatkan pasport negara yang diusahakan berjalan lancar, Chin bakal merealisasikan impiannya menyarung jersi skuad kebangsaan Malaysia.

“Perlu ada prosedur untuk mendapatkan (pasport). Tetapi saat dia (Chin) dapat pasport, dia boleh main untuk B-23 atau (skuad senior) Malaysia.

Advertisements

“Pemain itu boleh tahan, dia ada kualiti untuk beraksi dengan B-23 atau (skuad senior) Malaysia,” katanya bila ditanya oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Chin bukan satu-satunya pemain yang bakal memperkuat cabaran Kelayakan Piala Asia B-23 pada September ini. Hamidin mendedahkan dua lagi pemain negara yang berpangkalan di luar negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin dan Nooa Laine juga bakal menyertai Harimau Muda pada September ini.

Khidmat dua pemain berkenaan dapat ditagih berikutan Kelayakan Piala Asia B-23 diadakan dalam kalendar antarabangsa FIFA sekitar September. Ini membolehkan kedua-duanya dapat dipanggil menyertai Harimau Muda tanpa sebarang masalah.

Advertisements

“Apapun, persiapan untuk bulan September, B-23 di mana undiannya pada minggu hadapan (di mana) kelayakan untuk Sukan Olimpik itu (menerusi) Piala Asia B-23 nanti, kita akan dapat Nooa (Laine) dan Luqman Hakim (Shamsudin). Itu dalam kalendar FIFA,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram