Riyad Mahrez Sertai Barisan Bintang Eropah Di Arab Saudi
Transfer
Manchester City
Advertisements

Bekas bintang Manchester City, Riyad Mahrez menjadi bintang Eropah terbaru beraksi di Arab Saudi selepas sah menyertai kelab Saudi Pro League, Al-Ahli.

Perpindahan ini disahkan wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano hari ini. Mahrez menyertai Al-Malaki dengan yuran perpindahan £30 juta (RM175 juta).

Perpindahan ini menjadikan Al-Ahli sebagai kelab bukan Eropah pertama yang disertai pemain sayap Algeria itu.

Advertisements

Sepanjang kariernya di Eropah, Mahrez merekodkan 483 penampilan, 137 gol, 109 bantuan gol dan 14 trofi. Ini termasuk menjulang EPL bersama Leicester City pada musim 2015-2016.

Musim lepas dianggap musim paling cemerlang buat Mahrez kerana membantu The Citizens menjulang tiga trofi iaitu EPL, Piala FA dan Liga Juara-Juara Eropah.

Bekas pemain sayap Le Havre itu dijangka tidak berdepan masalah menyesuaikan diri bersama Al-Malaki berikutan kehadiran beberapa bekas pemain EPL dalam pasukan itu.

Advertisements

Antara nama-nama yang akan dikenali Mahrez ialah Roberto Firmino, Edouard Mendy, Ezgjan Alioski dan Modou Barrow. Selain mereka, beliau juga akan kembali bergandingan dengan rakan senegara Ryad Boudebouz.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram