Advertisements
Rizal Ghazali Kereta Kebal Kedah Yang Mampu ‘Tapau’ Pak Arab
Harimau Malaya
MakanBola
kedah darul aman fc

Perlawanan persahabatan yang menemukan Harimau Malaya yang turun bertemu Jordan semalam ternyata memperlihatkan kerapuhan benteng pertahanan skuad Negara yang dibolosi 4 kali oleh Jordan.

Beraksi di laman sendiri ternyata memberi satu kelebihan moral buat pasukan Jordan yang kerap kali mengancam kubu skuad negara manakala berbeza dengan pemain-pemain negara yang dilihat agak sulit untuk mencipta peluang.

Selepas dibolosi 4 kali oleh pasukan Jordan, ternyata sesuatu perlu dilakukan oleh jurulatih negara, Tan Cheng Hoe menjelang pertemuan dengan pasukan yang lebih berkualiti iaitu Uzbekistan.

Namun disebalik kekalahan besar yang menimpa pasukan negara, prestasi bek kanan Malaysia, Rizal Ghazali mencuri perhatian apabila acap kali mengekang asakan pasukan Jordan.

Rizal Ghazali Rizal Ghazali Kereta Kebal Kedah Yang Mampu ‘Tapau’ Pak Arab
Rizal sewaktu menerima Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik 2016 (Kredit: Team Malaysia)

Pergerakan Odai Al-Saify di bahagian sayap kiri pasukan Jordan ternyata dibayangi oleh kecemerlangan Rizal yang sentiasa mengawal pemain berusia 35 tahun itu.

Ketahanan badan yang dimiliki oleh Rizal Ghazali ternyata banyak membantu pasukan negara dalam disiplin bertahan selepas pemain Jordan dilihat tidak mampu menembusi bahagian kanan Harimau Malaya yang memaksa mereka mengalih serangan ke bahagian kiri.

Melihat kepada kecemerlangan bek kanan Kedah itu, ternyata tugas berat menanti Quentin Cheng untuk mencabar posisi tersebut bagi perlawanan menentang Uzbekistan pada Sabtu ini.

Selain Rizal Ghazali dan Quentin Cheng, kita juga mampunyai banyak pilihan di posisi bek kanan yang cemerlang di liga seperti Matthew Davies (JDT), Syahmi Safari (Selangor FC) dan Azam Azmi Murad (Terengganu FC).

Perlawanan ‘eksperimen’ yang dikendalikan oleh Tan Cheng Hoe ini ternyata akan memberikan beliau banyak pilihan pemain sebelum memutuskan pemain yang terbaik untuk dibawa ke Kejohanan Piala AFF di Singapura hujung tahun ini.

https://www.instagram.com/p/CUt6s2DB0o9/
Aksi cemerlang Rizal Ghazali (Kredit: mslgoals.edit)