RM47,000 Sebulan Menanti Pemain Malaysia Yang Minat Beraksi Di Liga Australia
MakanBola
A-League Men
Sponsors

Menerusi undang-undang baharu liga tertinggi Australia, A-League, pemain dari rantau Asia termasuklah Malaysia bakal menerima peluang untuk beraksi mewakili mana-mana kelab di Australia.

Undang-undang baru A-League membenarkan kelab membawa masuk 5 pemain asing (4+1) di mana 1 slot dikhaskan untuk pemain dari rantau Asia.

Ad
Sponsors

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Profesional Australia (APL), Danny Townsend memuji aksi pemain dari Vietnam yang dianggapnya sangat baik dan sesuai beraksi di Liga Australia.

Ad

“Kami melihat perlawanan terbaru Vietnam (menentang Australia), terdapat pemain yang sangat bagus untuk A-League,” jelas Danny kepada SMH.

Danny Towsend sebelum ini menjadi CEO untuk kelab Sydney dilantik sebagai CEO baharu APL dan beliau ingin melihat lebih ramai pemain dari Asia beraksi di A-League.

Ad

Gaji Munasabah Menanti Pemain

Ad

Walaupun A-League bukanlah destinasi terbaik untuk mana-mana pemain diseluruh dunia ‘mengumpul harta’ berbanding liga-liga lain di Asia seperti Liga Super India dan Liga Bintang Qatar (Qatar Stars League), namun A-League menjanjikan kestabilan bayaran gaji dan infrastruktur yang lebih baik.

Ad

Menurut data yang dikeluarkan oleh badan elit pemain profesional Australia (PFA), secara purata pemain bola sepak di Australia menerima bayaran gaji sekitar $136,791 setahun (RM47,000 sebulan) dan ianya lebih rendah berbanding purata gaji di liga Asia lain namun menjanjikan pembayaran gaji yang menetapi masa.

Pemain naturalisasi Malaysia, Liridon Krasniqi sebelum ini pernah beraksi di Australia menyertai kelab Newcastle Jets sebelum dipinjamkan JDT ke Liga India menyertai kelab Odisha.