Rob Friend Seru Ekor Harimau Malaya Banjiri SNBJ
MakanBola
MNT/FAM
Sponsors

Ketua Pegawai Eksekutif pasukan kebangsaan, Rob Friend menyeru kehadiran penyokong setia Harimau Malaya ketika aksi bertemu Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan mengumumkan SNBJ bakal menjadi venue untuk perlawanan kedua Kelayakan Piala Asia menentang Vietnam.

Ad

Lantaran itu, Rob Friend sebagai Ketua Pegawai Eksekutif tampil menyeru kehadiran serta sokongan penuh dari ekor Harimau Malaya ketika melayani kunjungan Vietnam itu nanti.

Ad

Ujar beliau, pertemuan penting itu nanti bagaikan satu detik terbaik buat seluruh rakyat Malaysia memberikan sokongan penuh kepada Harimau Malaya di hadapan pasukan lawan.

“Kami teruja untuk menyambut kehadiran Vietnam ke Bukit Jalil pada 10 Jun bagi satu perlawanan yang dijangka penuh debaran dan emosi,” ujar Rob Friend dalam satu kenyataan.

Ad

“Ini bukan sekadar aksi kelayakan, ini adalah detik untuk rakyat Malaysia bersatu di belakang Harimau Malaya dan menunjukkan kekuatan semangat kebangsaan kita.”

Ad

Tambah beliau, barisan staf pasukan kebangsaan sedang merencana sesuatu yang terbaik bagi membentuk skuad terkuat menjelang aksi itu dan teruja menanti kehadiran penyokong.

Ad

“Kami sedang membina sesuatu yang istimewa. Kami tak sabar untuk melihat para penyokong memenuhi Bukit Jalil dan menjadikannya malam yang akan dikenang selamanya.”

Aksi Malaysia vs Vietnam akan berlangsung pada 10 Jun ini di SNBJ namun maklumat lanjut mengenai jualan tiket masih belum diumumkan oleh pihak FAM.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments