Rob Friend Turun Awal Pantau Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Harimau Malaya, Rob Friend turun awal untuk memantau persiapan pasukan kebangsaan.

Malaysia telah memulakan kem latihan pusat di Johor Bahru pada Ahad, 18 Mei dengan 28 orang pemain hadir bagi fasa satu.

8 orang lagi pemain bakal memperkuat pasukan kebangsaan pada 26 Mei ini sebelum dua pemain iaitu Hector Hevel dan juga Dion Cools.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh Malaysia NT, kelibat Rob Friend dikesan pada hari pertama kem latihan pusat pasukan kebangsaan dengan beberapa muka baharu bawah 23 tahun turut bersama Harimau Malaya kali ini.

Harimau Malaya memiliki persiapan kira-kira 10 hari di Johor Bahru sebelum menghadapi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang pasukan ke-72 dunia, Cape Verde di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras jam 9 malam. 

Satu lagi aksi persahabatan tertutup dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil menentang lawan sama pada 3 Jun jam 9 malam sebelum menghadapi ujian sebenar menentang Vietnam.

Perlawanan kedua Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 Arab Saudi itu bakal berlaku pada 10 Jun di Stadium Nasional, Bukit Jalil setelah pasukan negara melakar kemenangan pada aksi pembukaan mementang Nepal pada perlawanan pertama. 

Pasukan kendalian Peter Cklamovski dijangka bakal diperkuat dengan kehadiran beberapa pemain warisan baharu pada fasa akhir kem latihan pusat sebelum bertemu Vietnam.