Robert Lewandowski Bakal Tinggalkan Barcelona
MakanBola
FC Barcelona

Peledak berbisa Poland, Robert Lewandowski bakal mengucapkan selamat tinggal kepada Barcelona.

Ini selepas pengurusan Barca memaklumkan penyerang veteran berusia 37 tahun itu akan meninggalkan kelab pada akhir musim 2025/26. Keputusan itu turut diumumkan Lewandowski di semua platform rasmi beliau.

“Selepas empat tahun yang penuh dengan cabaran dan kerja keras, tiba masanya untuk membuat perubahan.

“Saya pergi dengan perasaan bahawa misi telah selesai. Empat musim, tiga kejuaraan. Saya tidak akan pernah melupakan kasih sayang yang saya terima daripada peminat sejak hari pertama saya,” katanya dalam satu kenyataan.

Sejak tiba di Camp Nou pada 2022 dari Bayern Munich, Lewandowski telah menjaringkan 119 gol dalam 191 penampilan. Ini turut menjadikan beliau penjaring ke-14 terbanyak sepanjang zaman Barca.

Sepanjang bersama kelab Catalan itu, Lewandowski telah menjulang trofi La Liga, Copa del Rey dan Spanish Super Cup.

Susulan itu, Barca kini berusaha mencari pengganti jangka panjang bekas penyerang Bayern Munich itu. Satu nama yang dilaporkan berada dalam radar kelab itu ialah penyerang Chelsea, Joao Pedro.