Advertising
Roberto Firmino Bakal Tinggalkan Arab Saudi?
Transfer
MakanBola
Al-Ahli Saudi FC

Selepas enam bulan berhijrah ke Arab Saudi untuk menyertai Al-Ahli, Roberto Firmino dilaporkan bakal beralih angin sekali lagi.

Akhbar Liverpool Echo melaporkan bekas penyerang Liverpool itu ingin meninggalkan Al-Malaki selepas tidak sebulu dengan jurulatih Jerman, Matthias Jaissle.

Ini kerana Jaissle kerap meninggalkannya di bangku simpanan walaupun beliau memegang status sebagai kapten Al-Ahli.

Ad

Daripada 18 penampilan yang direkodkan Firmino, enam daripadanya merupakan penampilan sebagai pemain gantian mengikut data Transfermarkt.

Situasi ini tidak dibantu dengan kemarau gol yang dihadapi penyerang berusia 32 tahun itu sejak awal musim Saudi Pro League.

Ad
Ad

Selepas mencipta hatrik dalam perlawanan pertamanya menentang Al-Hazem, Firmino berdepan kesukaran menambah gol dalam 17 penampilan selepas itu.

Ad

Susulan itu, kelab-kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Turki dan Arab Saudi dilaporkan mahu mendapatkan khidmat Firmino.

Walaupun Al-Malaki bersedia meminjamkan Firmino ke kelab-kelab Saudi lain, penyerang Brazil itu memberi keutamaan kepada kelab Eropah dan Brazil untuk mendapatkan khidmatnya.

Daily Mail melaporkan Steven Gerrard berminat mendapatkan beliau untuk kelab Al-Ettifaq secara pinjaman. Bagaimanapun, Al-Ahli perlu menampung sebahagian besar kos gaji beliau jika perpindahan itu mahu direalisasikan.

Selain Al-Ettifaq, Sheffield United juga dilaporkan mahu mendapatkan khidmat Firmino semasa kelab itu dibimbing Paul Heckingbottom.

Walau bagaimanapun, perancangan perpindahan The Blades untuk jendela perpindahan Januari bakal berubah selepas mendapatkan khidmat Chris Wilder menggantikan Heckingbottom.