Eropah
Advertisements

Kejuaraan Euro 2020 sudah melabuhkan tirainya selepas Itali berjaya menewaskan England menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Wembley. Pastinya kejuaraan itu membuatkan nama Roberto Mancini sentiasa mekar di hati penyokong-penyokong bola sepak Itali.

Ini kerana magis beliau ternyata menjadi dan beliau membuktikannya apabila Itali yang sebelum ini merupakan pasukan yang langsung tidak diletakkan harapan, kini Mancini Berjaya meletakkan Itali di podium juara Euro 2020. Mari kita sama-sama menyusuri perjalanan Mancini sebagai pengendali ‘The Azzurri’.

Itali Juara Bagaimana Roberto Mancini Bentuk Itali Julang Kejuaraan Euro 2020
Itali dinobatkan Juara Euro 2020 menewaskan England di Wembley

Itali Gagal Layak Ke Piala Dunia 2018

Advertisements

Segalanya bermula dengan kesedihan apabila Itali yang merupakan juara dunia 4 kali itu gagal melayakkan diri ke kejohanan elit  yang sinonim dengan mereka iaitu Piala Dunia. Pada ketika itu, Itali dikendalikan oleh Gian Piero Ventura. Mereka dikecewakan Sweden pada ‘play-off’ sekaligus gagal layak ke Piala Dunia 2018 Rusia.

Roberto Mancini pada ketika itu baru sahaja menamatkan kontrak bersama kelab gergasi Rusia, Zenit Saint Petersburg. Selang sehari selepas itu, Mancini diumum sebagai pengendali baharu skuad kebangsaan Itali.

Bagaimana Mancini membina pasukan Itali?

Advertisements

Ketika baru mengambil alih, Mancini berhadapan dengan kesukaran untuk membina semula pasukan ini. Ianya dek kerana kelab-kelab atasan di Liga Itali tidak dapat menghasilkan pemain-pemain muda untuk diketengahkan di peringkat antarabangsa.

3 tahun berlalu, Mancini kini Berjaya mengubah corak permainan dalam pasukan Itali dengan kemasukan pemain-pemain dari Sassuolo, Lazio dan juga Atalanta.

Pasukan Itali yang dibinanya kini berubah secara total dan tidak sama dengan cara skuad terdahulu bermain. Mancini menerapkan gaya menyerang dan bermain dengan garisan pertahanan  yang lebih tinggi dan turut bergantung kepada pemain pantas di bahagian sayap untuk memulakan serangan.

Advertisements
Mancini bersama trofi Kejuaraan Euro

Kapten pasukan Itali, Giorgio Chiellini menegaskan bahawa keyakinan tinggi yang dimiliki oleh Mancini dapat meresap ke dalam jiwa pemain-pemain Itali. Chiellini berkata:

“Pada permulaan, bila beliau [Mancini] beritahu kami bahawa perlu ada dalam pemikiran kami untuk memenangi Euro, kami menganggap beliau gila, namun kini selepas beberapa tahun beliau membina pasukan, kami bersedia untuk membuktikannya”.

Pengalaman Pemain Veteran Membantu Pembentukan Itali

Advertisements

Tidak sah jika kita tidak menyebut dua orang pemain berpengalaman dalam kem Itali iaitu Giorgio Chiellini dan Leonardo Bonucci. Sebagaimana yang kita tahu, Itali merupakan pasukan yang dahulunya sangat mengamalkan corak permainan bertahan dan mereka berdua merupakan pasangan bek tengah paling ideal untuk Itali selepas 220 kali bermain bersama.

Gandingan Chiellini-Bonucci ini sangat kebal beraksi di benteng Itali. Umur bukan penghalang bagi mereka untuk memperagakan aksi terbaik setiap kali diturunkan. Pengalaman mereka jelas sekali digunakan sehabis baik apabila berjaya merantai pergerakan Romelu Lukaku ketika perlawanan suku akhir Euro 2020.

Riak wajah kepuasan Chiellini dan Bonucci ketika Itali berjaya menewaskan Belgium

Hanya Sepanyol sahaja yang berjaya mengancam bek tengah Itali itu pada perlawanan separuh akhir. Tapi entah bagaimana Itali kebal bertahan hingga tamat perlawanan dan mengheret Sepanyol ke penentuan sepakan penalti. Itali menang dan mara ke final.

Kekuatan Bahagian Tengah Itali

Selain daripada kehebatan gandingan Chiellini-Bonucci, Itali juga sangat kuat dengan trio pemain tengah mereka. Kepulangan semula Marco Veratti dalam kesebelasan utama sangat tepat pada masanya dan dengan ketenangan mengawal bola yang beliau pamerkan, beliau menjadi pilihan utama Mancini berbanding Locatelli walaupun Locatelli menjaringkan 2 gol ketika aksi pembukaan Euro 2020 menentang Switzerland.

Manakala konsistensi Jorginho dan Nicolo Barella pastinya membantu mengemudi bahagian tengah Itali. Di antara ketiga-tiga pemain tengah ini, pastinya kecemerlangan Jorginho menjadi topik hangat untuk dibincangkan. Pemain kelahiran Brazil ini dikatakan mempunyai cara permainan yang mirip dengan pemain tengah lagenda Itali, Andrea Pirlo.

Trio tengah Itali dari kiri Jorginho, Veratti dan Barella

Ketika perlawanan separuh akhir bertemu Sepanyol, Mancini terpaksa mengubah sedikit taktikal yang menyaksikan Itali lebih banyak bertahan.Ketika pemain Itali dipaksa mengejar bola hampir keseluruhan perlawanan, Jorginho merupakan individu yang paling sibuk mematahkan gerakan menyerang dari pemain Sepanyol.

Video aksi cemerlang Jorginho menentang Sepanyol

Kepercayaan tinggi Mancini kepada Jorginho sangat jelas sekali. Ini kerana, pemain tengah Chelsea itu bermain semua perlawanan dan hanya ditukarkan sekali sahaja ketika menantang Wales di peringkat kumpulan sekaligus menjadikan Jorginho merupakan pemain Itali yang paling banyak minit bermain di pentas Euro 2020 selain penjaga gol, Gianluigi Donnarumma.

Roberto Mancini kini membawa Itali meneruskan rekod tanpa kalah kepada 34 perlawanan. Kemenangan Euro 2020 pastinya sangat manis buat beliau kerana ketika bergelar pemain, beliau terlepas peluang untuk mendakap piala pada Piala Dunia 1990 di Itali yang menyaksikan Itali hanya berpuas hati di tempat ketiga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram