Jurulatih Arab Saudi, Roberto Mancini dilihat terus keluar meninggalkan padang sewaktu penentuan sepakan penalti berlangsung ketika menentang Korea Selatan.
Pada saat itu, Korea Selatan sedeng mendahului keputusan (sepakan penalti) 2-3, reaksi Roberto Mancini menjadi bualan penyokong.
Skuad kendalian Roberto Mancini gagal mara ke suku akhir selepas pada minit akhir perlawanan Korea Selatan berjaya bangkit mengikat jaringan 1-1. Kemudian, tewas menerusi penentuan sepakan penalti dengan keputusan Arab Saudi 2-4 Korea Selatan
Selepas tamat perlawanan, bekas jurulatih Itali itu mengakui gembira dengan prestasi anak buahnya yang beraksi dengan salah satu pasukan terbaik dunia.
“Para pemain saya telah beraksi dengan cemerlang menentang pasukan terbaik dunia”
“Menentang Korea Selatan bukan satu tugas mudah, tetapi ini adalah bola sepak kita perlu akuinya,” katanya Mancini ketika ditemubual.
Arab Saudi terpaksa melupakan hasrat untuk layak ke suku akhir manakala Korea Selatan akan bertemu Australia bagi saingan peringkat suku akhir pada hari jumaat ini, 2 Februari jam 11.30 malam waktu Malaysia.