Roberto Mancini Umum 26 Pemain Terhebat Arab Saudi Ke Qatar
Asia
FF Saudi Arabia
Advertisements

Arab Saudi muncul pasukan terbaru yang mengumumkan barisan 26 pemain untuk cabaran Piala Asia 2023.

Daripada 26 pemain, 19 merupakan pemain-pemain tiga kelab elit Arab Saudi iaitu Al-Nassr, Al-Ittihad, dan Al-Hilal.

Nama-nama seperti Ali Lajami (Al-Nassr), Abdulrahman Ghareeb (Al-Nassr), Saleem Al-Dawsari (Al-Hilal) dan Saleh Al-Shehri (Al-Hilal) terus diberi kepercayaan oleh jurulatih Itali, Roberto Mancini.

Advertisements

Mancini turut mengekalkan beberapa pemain berpengalaman dalam skuad kali ini seperti Fahad Al-Muwallad (Al-Shabab), Ali Al-Bulaihi (Al-Hilal) dan Mohamed Kanno (Al-Hilal).

Daripada 26 orang pemain, dua daripadanya masih belum membuat kemunculan untuk Arab Saudi. Duo tersebut ialah Raghed Al-Najjar (Al-Nassr) dan Ahmed Al-Kassar (Al-Fayha).

Dengan Arab Saudi bakal mengharungi tiga aksi pemanas menentang Lubnan, Palestin dan Hong Kong pada 4, 9 dan 10 Januari ini, tidak mustahil Mancini memberi peluang kepada dua penjaga gol tersebut.

Advertisements

Kesemua tiga aksi persahabatan The Green Falcons bakal diadakan di Stadium Sealine Resort, Mesaieed, Qatar.

Arab Saudi bakal memulakan kempen Kumpulan F Piala Asia 2023 dengan menentang Oman di Stadium Antarabangsa Khalifa, Al-Rayyan pada 16 Januari 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram