EPL
Roman Abramovich/Alex Caparros/UEFA
Advertisements

Lebih 19 tahun yang lalu, jutawan Rusia Roman Abramovich mencuri tumpuan dengan membeli Chelsea daripada pemilik sebelumnya Ken Bates. Sejak itu, kelab bertukar menjadi salah satu kelab gergasi di Eropah. Dan kini, akibat konflik Ukraine-Rusia, Abramovich bersedia menjual Blues pada harga yang bersesuaian.

Sebelum itu, beliau mengumumkan bahawa urusan pentadbiran kelab akan diambil alih oleh para pemegang amanah Yayasan Chelsea. Begitupun, wujud kekeliruan sama ada kelab berpindah tangan kepada pemegang amanah yayasan atau sekadar perubahan kosmetik.

Situasi Abramovich tidak dibantu dengan pendedahan Ahli Parlimen UK dari Parti Buruh, Chris Bryant yang mendakwa jutawan Rusia itu sedang cuba menjual beberapa aset hartanahnya secara tergesa-gesa. Bryant mendakwa penjualan dibuat bagi mengelak dikenakan sekatan kewangan oleh kerajaan Britain.

Advertisements

Situasi ini turut berkait dengan soal penjualan Chelsea dengan pantas. Perkara terakhir yang dimahukan pembeli ialah pengambilalihan terpaksa dibatalkan sekiranya Abramovich disenaraikan sebagai jutawan yang dikenakan sekatan kewangan UK. Sekatan kewangan dikenakan London sebagai cara menekan Rusia untuk menghentikan semua kempen ketenteraan mereka di Ukraine sejak minggu lepas.

Salah seorang jutawan yang menunjukkan minat untuk mengambil alih Stamford Bridge ialah jutawan Switzerland Hansjörg Wyss. Begitupun, Wyss keberatan untuk berbuat demikian berikutan harga jualan yang ditetapkan Abramovich terlalu tinggi. Bagaimanapun, beliau sedia mempertimbangkan semula pembelian sekiranya menjadi sebahagian daripada konsortium pelabur yang membeli Chelsea.

hansjorg wyss the wyss foundation Roman Abramovich Sedia Jual Chelsea
Jutawan Switzerland, Hansjorg Wyss.

Sejak mengambil alih kelab pada pra-musim 2003-2004, Abramovich telah meminjamkan wang sebanyak £1.5 bilion (RM8.4 bilion) kepada kelab. Walaupun memecat ramai pengurus sepanjang 19 tahun di Stamford Bridge termasuk Jose Mourinho dan Carlo Ancelotti, kelab telah menjulang pelbagai piala di peringkat domestik dan antarabangsa. Ini termasuk EPL, Piala FA, Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa.

Advertisements

Sebelum ini, beberapa pihak telah mengintai peluang memiliki Blues. Antara yang menunjukkan minat ialah pengerusi Ineos, Sir James Ratcliffe. Tetapi minat beliau pudar selepas mengambil alih kelab Ligue 1 Nice.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram