Romel Morales Sedia Sarung Jersi Harimau Malaya
Dunia
AzriHaziq / MakanBola
Advertisements

Kemenangan bersejarah Kuala Lumpur City FC (KL City) ke atas PSM Makassar dalam aksi akhir Piala AFC Zon Asean diwarnai dengan kecemerlangan yang ditampilkan oleh ayam tambatan mereka, Romel Morales.

Dalam perlawanan itu, Romel berjaya menunjukkan aksi terbaik beliau dengan menghasikan gol pembukaan selain menyumbang satu bantuan gol kepada Jordan Mintah untuk jaringan kedua KL City hasil satu serangan balas pantas.

Ketika ditemui selepas perlawanan, Romel akui bahawa beliau cukup gembira dengan persembahan yang ditampilkan pasukannya dan sebagai seorang pemain yang beraksi di bahagian serangan, beliau sentiasa akan cuba untuk memberikan yang lebih buat pasukan.

Advertisements

“Sudah tentu saya gembira. Mungkin pada perlawanan terdahulu, saya tidak dapat menjaringkan gol dan ianya bukan situasi yang mudah. Mungkin saya sudah berusaha dengan keras untuk memberikan sesuatu kepada pasukan.

“Jika beraksi di bahagian serangan, anda perlu melakukan lebih di atas padang. Anda perlu menjaringkan gol dan anda juga perlu membantu rakan sepasukan untuk menjaringkan gol. Jadi saya gembira dengan prestasi saya yang mampu jaringkan gol dan sumbang bantuan gol,” jelas Romel.

Apabila ditanyakan kesediaan Romel untuk menjadi calon pemain naturalisasi bagi membolehkan beliau beraksi dengan Harimau Malaya, Romel jelas sekali bersedia untuk itu dan akan memberikan segalanya demi Malaysia.

Advertisements

“Saya gembira duduk di Malaysia dan sudah beraksi lama di sini. Jika saya mendapat peluang itu (beraksi untuk Malaysia) sudah tentu saya akan berusaha sebaik mungkin dan akan membalas semula apa yang telah diberikan kepada saya,” luah Romel lagi.

Mengikut rekod, Romel boleh menjadi pemain naturalisasi pada Januari 2023 selepas cukup tempoh 5 tahun beraksi di Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram