Ronald Ngah Wanja Mahu Pamer Bisa Di Piala AFC
Dunia
Kedah Darul Aman FC
Advertisements

Penyerang berbisa Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Ronald Ngah Wanja mempunyai misi tersendiri dalam saingan Piala AFC yang bermula Jumaat ini.

Ketajaman penyerang dari Cameroon itu tidak boleh disangkal lagi apabila beliau sudah meledak 7 gol untuk saingan Liga Super musim ini. Dalam masa yang sama, Wanja juga berharap rakan-rakan sepasukan di KDA FC dapat melakukan hantaran yang mampu menyumbang kepada jaringan gol.

“Saya mengidamkan jaringan di pentas Piala AFC ini kerana bagi sorang penyerang, sudah pasti mencetak seberapa banyak gol adalah impian utama.

Advertisements

“Itu sasaran semua penyerang di bahagian paling hadapan, namun hantaran gol untuk membantu pasukan mendapatkan gol juga perkara penting kerana misi semua pemain KDA FC adalah memastikan pasukan dapat mencapai kemenangan.

“Hanya kemenangan hadiah terbaik yang dapat kami berikan kepada semua penyokong yang sentiasa menanti dan mengharapkan kejayaan kami pada saingan tertinggi ini,” kata Wanja kepada Arena Metro.

KDA FC hadir ke saingan Piala AFC dengan kehadiran dua pemain tengah import baharu iaitu Sanrawat Dechmitr dari Thailand dan Mahmoud Al-Mardi dari Jordan.

Advertisements

Kehadiran Al-Mardi ternyata dapat memberikan lebih kreativiti di bahagian tengah dan ianya sekaligus dapat membantu mencipta banyak ruang dan peluang buat penyerang Kedah, Ronald Ngah Wanja untuk menjaringkan gol.

KDA FC akan memulakan kempen Piala AFC pada Jumaat ini dengan menentang tuan rumah, Bali United sebelum meneruskan aksi kedua pada 27 Jun menentang kelab Filipina, Kaya FC. Kedah akan menutup aksi kumpulan G dengan menentang kelab dari Kemboja, Visakha FC.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram