Ronaldo Bantu Al-Nassr Sasar Zidane, Mourinho Sebagai Bos Baru
Asia
Al-Nassr FC
Advertisements

Selepas melepaskan Rudi Garcia sebagai pengurus mereka, Al-Nassr kini sibuk memburu pengurus baru bagi menggalas cabaran kejuaraan Saudi Pro League. Dan difahamkan dengan bantuan Cristiano Ronaldo, Al-Alami sedang mensasarkan Jose Mourinho atau Zinedine Zidane sebagai pengurus baru mereka.

Kedua-duanya bukanlah asing kepada bekas penyerang Manchester United itu kerana pernah melatihnya di Real Madrid. Ia juga bersesuaian dengan profil Al-Nassr dan liga untuk memburu pengurus berkaliber bagi menaikkan lagi imej Saudi Pro League.

Menurut laporan CBS Sports, Al-Nassr sudah membuat tawaran lisan kepada Zidane dengan Ronaldo sebahagian daripada perbincangan berkenaan.

Advertisements

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada legenda Real Madrid itu berminat dengan tawaran mereka atau tidak. Ini kerana Zidane sememangnya diketahui amat berhati-hati dalam memilik projek pasukan seterusnya dengan kaitan sebelumnya dengan Chelsea atau pasukan kebangsaan Perancis tidak direalisasikan.

Selain Zidane, nama Mourinho juga turut dikaitkan dengan kekosongan yang ditinggalkan Garcia. Dari satu segi, pengurus Portugal itu mempunyai hubungan rapat dengan Ronaldo dan menjulang La Liga semasa mereka berada di Bernabeu.

Advertisements

Malah, sebelum Roberto Martinez dilantik sebagai pengurus pasukan kebangsaan Portugal, bekas penyerang Real Madrid itu turut melobi Persekutuan Bola Sepak Portugal (FPF) untuk melantik Mourinho. Bagaimanapun, usaha tersebut gagal dengan Martinez dilantik sebagai pengganti jurulatih sebelumnya, Fernando Santos.

Pengurus berusia 60 tahun itu masih mempunyai baki kontrak setahun dengan AS Roma dan dilihat berminat untuk kekal di Stadio Olimpico. Selain itu, namanya juga turut diintai Persekutuan Bola Sepak Arab Saudi (SAFF) sebagai pengganti jurulatih Perancis, Herve Renard.

Advertisements

Jika Al-Nassr gagal mendapatkan dua nama besar dalam dunia kejurulatihan itu, dua lagi nama yang bakal dipertimbang ialah bekas bos Benfica, Jorge Jesus dan Marcelo Gallardo. Sementara pencarian ini sedang berjalan, Al-Nassr melantik jurulatih bawah 19 tahun kelab, Dinko Jelisic sebagai jurulatih sementara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram