Ronaldo Berbisa, Catat Hatrik Bersejarah Buat Al-Nassr
Asia
Al-Nassr FC
Advertisements

Cristiano Ronaldo terus membuktikan impaknya bersama pasukan baru Al-Nassr. Ini selepas legenda Portugal itu meledakkan hatrik bagi membantu Pahlawan Najd menewaskan Damac dalam perlawanan terbaru Liga Pro Arab Saudi.

Al-Nassr yang tiba sebagai pasukan pelawat mula mencari ruang untuk gol pembukaan. Pada minit ke-17, wujud kekasaran dalam kotak penalti membabitkan pemain Damac, Farouk Chafai dengan pemain Al-Nassr.

Pada awalnya, penalti tidak diberi kepada pelawat. Tetapi selepas disemak oleh VAR, penalti diberi kepada pasukan pelawat. Ronaldo tenang menyempurnakan penalti menewaskan penjaga gol Damac Moustapha Zeghba.

Advertisements

Beberapa minit selepas itu, legenda Manchester United itu menambah jaringan untuk Al-Nassr. Ini disusuli dengan gol ketiga pada minit ke-30.

Ini bukan sekadar hatrik keduanya dalam tiga perlawanan bersama Al-Nassr. Malah, bekas penyerang Juventus itu turut mencipta sejarah sebagai pemain pertama menjaringkan hatrik dalam 45 minit perlawanan Liga Pro Arab Saudi.

Ronaldo juga turut mencipta sejarah dengan mencipta 62 hatrik sekaligus hatrik terbanyak direkodkan seorang pemain bola sepak dalam sejarah. Keputusan 3-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Apabila babak kedua bersambung, Ronaldo yang sudah bernafsu memburu gol berusaha mencari gol keempat. Tetapi keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Dengan kemenangan ini, Al-Nassr mendahului liga dengan kelebihan tiga mata di hadapan pasukan di tempat kedua, Al-Ittihad.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram