Bintang Juventus yang sepatutnya membarisi skuad Portugal dalam perlawanan Liga Nation Group C menentang Sweden disahkan positif Covid-19.
Pemain berumur 35 tahun tersebut dilepaskan oleh skuad kebangsaan Portugal untuk tindakan medik.

Seperti yang dilaporkan oleh TheMirror, Cristiano Ronaldo dilepaskan dari tugas untuk skuad kebangsaan dan beliau tidak akan bermain menentang Sweden.
Ronaldo merupakan satu-satunya pemain dari skuad Portugal yang disahkan positif covid-19 dan beliau kelihatan sihat dan tidak mempunyai sebarang simtom.
Hanya selepas beberapa hari ketika Ronaldo beraksi bersama Portugal menentang Perancis, berita ini amat menggusarkan pemain lain.
Selepas perlawanan menentang Perancis, beberapa pemain Portugal dan Perancis dilaporkan risau dan segera membuat percubaan covid-19 berikutan kontak rapat bersama Ronaldo.
Dalam perlawanan sebelum ini, Portugal dan Perancis hanya sekadar seri tanpa sebarang jaringan.