Ronnie Fernandez Dilaporkan Kembali Ke Liga Chile
MakanBola
Selangor FC

Bekas penyerang Selangor FC, Ronnie Fernandez dilaporkan bakal kembali mewarnai saingan liga Chile.

Sebelum ini, penyerang berusia 34 tahun itu mengucapkan selamat tinggal kepada Merah Kuning meskipun masih memiliki baki kontrak setahun.

Pengurusan Selangor kemudiannya mengesahkan bahawa pasukan itu dan Fernandez menamatkan kontrak secara persetujuan bersama.

Ini mengundang persoalan dalam kalangan penyokong tentang destinasi bekas penyerang Al-Fayha itu selepas ini.

Kini, portal sukan Chile, Encancha melaporkan Fernandez semakin hampir menyertai kelab Chile, CD Palestino.

Selepas kembali ke tanah airnya, bekas penyerang Al-Raed itu dilihat menonton beberapa perlawanan Universidad de Chile bersama penyokong.

Walau bagaimanapun, Palestino dilihat pasukan yang paling berkemungkinan memuktamadkan perpindahan Fernandez. Sekiranya perpindahan itu berjalan lancar, ini bakal menjadi kelab Chile keenam beliau.

Selain Universidad de Chile, Fernandez pernah mewakili Santiago Wanderers, Naval, Puerto Montt dan Deportes Concepción. Beliau juga pernah mewakili kelab Bolivia, Bolivar dan Deportivo Cali (Colombia).