Rosle Md Derus Dilantik Pengarah Teknikal Baharu Penang
MakanBola
Penang FC
Sponsors

Bekas jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC) B, Rosle Md Derus sah menggalas peranan sebagai Pengarah Teknikal Penang FC yang baharu.

Pelantikan beliau diumumkan pengurusan Sang Harimau Kumbang menerusi satu kenyataan di platform rasmi mereka.

Ad
Sponsors

“Penang FC dengan ini ingin mengumumkan pelantikan Rosle Md Derus sebagai Pengarah Teknikal baharu kelab bagi memperkukuhkan lagi struktur teknikal dan pembangunan bola sepak Harimau Kumbang menjelang musim akan datang,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Ad

“Berpengalaman luas dalam dunia bola sepak Malaysia, membawa bersama rekod pencapaian yang mengagumkan sebagai pemain dan jurulatih.

“Beliau pernah mewakili negara dalam kejohanan berprestij seperti Piala Dunia Remaja FIFA 1997 serta Kelayakan Sukan Olimpik 2000, selain membantu pasukan negeri seperti Kuala Lumpur dan Perlis meraih kejuaraan dalam Piala Sumbangsih, Piala Malaysia dan Liga Super.”

Ad

Rosle dibawa masuk menggantikan penyandang sebelumnya yang juga bekas tonggak import Penang, Merzagua Abderrazak.

Ad

Antara pencapaian Rosle ialah pencapaian suku akhir Piala MFL 2023 bersama Kedah, Piala Malaysia 2021 bersama KL City FC dan Piala Emas Raja-Raja (2013 dan 2014).

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments