Bekas penyerang sensasi pasukan Sabah FC, Rozaimi Abd Rahman kini difahamkan audah kembali beraksi.
Pemain berusia 30 tahun ini kali terakhir dilihat beraksi bersama pasukan Kedah Darul Aman FC sebelum pasukan mengumumkan bahawa pemain ini tidak lagi bersama mereka.
Beliau yang merupakan antara penyerang paling berbisa ketika era kegemilangannya mula menempa nama bersama negeri kelahirannya sebelum berkelana di beberapa negeri lain seperti Selangor dan juga JDT.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman sosial beliau, Rozaimi kini difahamkan kembali bermain bola sepak bersama salah sebuah kelab di Sabah.
Beliau yang boleh beraksi di pelbagai posisi kini dilihat mewakili pasukan Tenang FC sepeti yang dimaklumkan di laman Instagram beliau.
Pemain kelahiran Papar itu sebelum ini diumumkan sebagai Penolong Ketua Panel Pemilih & Pencari Bakat Sabah FC merangkap Ketua Media U21 pasukan.
Rozaimi dan Kedah juga telah mencapai persetujuan bersama pada musim lalu untuk menamatkan kontrak pemain ini lebih awal Selepas lapan bulan bersama.