Penyokong Malaysia mendapat berita gembira menjelang aksi pertama pusingan kelayakan Piala Asia 2027.
Ini kerana Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengumumkan bahawa mereka akan menyiarkan kesemua enam perlawanan Harimau Malaya dalam Kumpulan F.
Ini termasuk aksi pertama kumpulan menentang Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 25 Mac ini.
Kesemua enam perlawanan skuad negara akan disiarkan di saluran TV Okey dan Sukan RTM. Pengumuman ini dibuat di platform Sukan RTM baru-baru ini.
Berita ini membolehkan penyokong Harimau Malaya memiliki alternatif untuk menonton perlawanan secara percuma.
Sebelum ini, Astro memaklumkan bakal menyiarkan perlawanan kelayakan Piala Asia 2027 membabitkan skuad negara di platform Astro Arena Bola.