Ruben Amorim Setuju Sertai Manchester United
MakanBola
Sportingcp
Sponsors

Beberapa jam selepas berita pemecatan Erik ten Hag menjadi rasmi, laporan menunjukkan bahawa Manchester United sudah pun mendapat pengganti.

David Ornstein melaporkan bahawa United sedang berusaha untuk melantik Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih seterusnya.

Ben Jacobs melaporkan bahawa Ruben Amorim ‘secara lisan bersetuju’ untuk menjadi pengurus Man Utd menggantikan Ten Hag. Namun ada satu halangan, iaitu United perlu menyelesaikan pampasan untuk pengurus dalam lingkungan €10 juta, tetapi itu dijangka bukan isu buat United.

Ruben Amorim memenangi gelaran tanpa tewas bersama Sporting Lisbon pada musim 2021/22 dan pada usia hanya 39 tahun, boleh menjadi solusi jangka panjang yang sebenar kepada kesengsaraan United.

Ineos sekali lagi telah berjaya membuktikan kelayakan mereka dengan bukan sahaja memeterai perjanjian itu, tetapi melakukannya dengan pantas dan tegas.

Saki-baki terakhir era Glazer telah tiada, tekanan benar-benar akan diberikan kepada rejim baharu untuk membuat United Kembali menggegar Liga Perdana Inggeris.

Ad

Ad