Ryan Edwards, Anak CEO JDT Sertai S.D Amorebieta Di Sepanyol
MakanBola
Ryan Edwards
Sponsors

Pemain kelahiran Singapura-Scotland, Ryan Edwards difahamkan telah pun melengkapkan perindahan untuk menyertai kelab divisyen 3 Sepanyol, S.D Amorebieta.

Beliau yang juga anak kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards telah pun berkelana bersama beberapa kelab di Asia sebelum membuat keputusan untuk menyertai kelab yang berpangkalan di Sepanyol itu.

Ad
Sponsors

Pemain berusia 29 tahun itu pernah beraksi bersama bekas kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Reading pada awal kemunculan kariernya.

Ad

Menerusi satu kenyataan oleh S.D Amorebieta, Ryan telah pun selesai melengkapkan perpindahan ke kelab tersebut daripada sebuah kelab Korea iaitu Busan Ipark.

Beliau juga telah pun diberika peluang untuk menyarung jersi nombor 10 sekaligus memberi gambaran akan memainkan peranan yang cukup penting di sana.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by SD Amorebieta (@sdamorebieta)

Ad

Sepanjang perjalanan kariernya, beliau telah beraksi bersama skuad kebangsaan Australia sekali dan menjadi kapten skuad B-20 Australia yang beraksi di Piala Dunia B-20 pada tahun 2013.

Ad

Beliau dalam satu hantaran di laman Instagramnya menyatakan keterujaan setelah dapat beraksi di negara Basque berkenaan dan mahu memanfaatkan peluang dengan baik sepanjang di sana.

View this post on Instagram

A post shared by Ryan Edwards (@ryanedwards_93)