Sabah Bangga Bawa Nama Malaysia Di Asia
UltraSukan
Sabah FA Women’s Team
Sponsors

Pengendali skuad bola sepak wanita Sabah FC, Justin Ganai tetap bangga dengan pencapaian pasukan itu di pentas Asia.

Peluang Sabah untuk layak ke peringkat seterusnya saingan Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) semakin tipis. Ini selepas pasukan itu tewas dua kali dalam saingan Kumpulan A.

Ad

Ini termasuk kekalahan besar 7-0 di tangan kelab China, Wuhan Jiangda dalam aksi kedua kumpulan pada 6 Oktober lalu.

Ad

Kini, Sabah perlu mengharapkan ihsan Incheon Red Angels untuk menewaskan Wuhan Jiangda. Selain itu, mereka juga perlu menewaskan Abu Dhabi Country Club dalam aksi terakhir kumpulan.

Atas sebab itu, Justin menghargai sokongan semua pihak terutama penyokong yang sentiasa bersama pasukan itu sepanjang kejohanan.

Ad

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada kumpulan kecil penyokong kita dari Malaysia. Mereka datang jauh dari Malaysia untuk menyokong kita.

Ad

“Terima kasih banyak-banyak. Juga kepada penyokong tempatan yang amat menyokong kita,” katanya dalam sidang media pascaperlawanan Sabah-Wuhan Jiangda

Ad

Sabah bakal menentang Abu Dhabi Country Club dalam aksi terakhir kumpulan yang akan berlangsung pada 9 Oktober.

Sang Badak berharap dapat layak ke pusingan seterusnya dengan menghuni slot pasukan ketiga terbaik kumpulan AWCL.