Sabah Ikat Gergasi Eropah, Olympiacos
MakanBola
Olympiacos FC
Sponsors

Perlawanan persahabatan yang berlangsung antara pasukan Sabah FK menentang gergasi Eropah, Olympiacos FC berkesudahan dengan keputusan seri.

Aksi pemanas badan itu merupakan persediaan bagi mereka untuk memulakan musim baharu kelak.

Ad
Sponsors

Perlawanan ini merupakan pertembungan ketiga selepas mencatatkan kemenangan berdepan Slovácko dan seri menentang Nordsjælland.

Ad

Sabah FK juga kini dalam fasa memulakan saingan musim baharu di Liga Azerbaijan turun dengan motivasi terbaik bagi mempersiapkan pasukan.

Berdasarkan perlawanan yang berlangsung, kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan campuran antara pemain muda dan berpengalaman untuk menguji keserasian pasukan.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Olympiacos FC (@olympiacosfc)

Ad

Olympiacos dikejutkan dengan jaringan pembukaan oleh Sabah FK menerusi percubaan Davit Volkov beberapa minit sebelum babak pertama tamat.

Ad

Maruah gergasi Greece ini berjaya diselamatkan apabila jaringan Giorgos Masouras pada minit ke-65 menyaksikan perlawanan terikat sehingga tamat permainan.

Sabah sudah pasti mahu memperbaiki kedudukan dalam liga selepas menamatkan saingan di tempat kedua apabila Qarabaq muncul selaku juara musim lalu.