MFL
PDRM FC
Advertisements

Skuad Sabah FC II menerima tamparan hebat apabila dibelasah PDRM FC 7-1 dalam aksi terbaru Piala MFL pada 24 Jun.

Advertisements

Sabah II berharap dapat bangkit selepas kecundang dalam dua aksi Piala MFL sebelumnya. Sementara PDRM pula mahu bangkit selepas dibelasah Terengganu FC II pada 28 Mei lalu.

Babak pertama menyaksikan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Faris Kamardin pada minit kelapan.

Advertisements

Tersentak, The Cops kembali bangkit menerusi gol yang disumbang bekas penyerang kebangsaan, Shahrel Fikri Md. Fauzi pada minit ke-20.

Amirul Hakim Mat Safian menggandakan kelebihan PDRM pada minit ke-39. Enam minit selepas itu, Nazrin Mohamad Nasir memastikan PDRM mendahului 3-1 semasa rehat separuh masa.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, Shahrel sekali lagi menceriakan kem The Cops dengan gol kedua pada minit ke-47. Dua minit kemudian, Syakimi Karim memastikan PDRM selesa mendahului 5-1.

Pemain import The Cops, Aremu Timothy memastikan PDRM meraih kemenangan selesa 7-1 menerusi dua gol pada minit ke-77 dan 89.

Advertisements

PDRM terus berusaha menambah kelebihan gol mereka tetapi keputusan 7-1 kekal sehingga tamat perlawanan.

Keputusan ini menyaksikan Sabah terus kekal berada di kelompok tercorot Piala MFL tanpa sebarang mata. Sementara PDRM pula kini mengumpul enam mata daripada tiga perlawanan.

Advertisements

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram