Sabah berjaya mengutip 3 mata berharga apabila mudah membenam cabaran Negeri Sembilan dengan jaringan 3-1 di stadium Likas.
Sabah yang sedang mencari semula rentak kemenangan berjaya mengalahkan Negeri Sembilan setelah 2 kali kalah dan 3 kali menang dalam 5 perlawanan terakhir Liga Super.
Ramon Machado membuka jaringan untuk Sabah seawal minit ke-13 perlawanan. Ramon Machado kemudian menambah gol kedua peribadi pada minit ke-29 perlawanan setelah menerima bola muntah dalam kotak penalti Sabah.
Pertahanan Sabah, Cifu berjaya menjaringkan gol ketiga perlawanan menerusi tandukan yang menewaskan Firdaus sebelum separuh masa pertama tamat.
Sabah yang mendominasi perlawanan turut berjaya mengatur beberapa cubaan berbahaya namun gagal menembusi gawang gol Negeri Sembilan.
Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan cuba untuk melakukan serangan balas namun kerap dipatahkan oleh pemain Sabah.
Hein Htet Aung kemudian menjaringkan gol saguhati buat Negeri Sembilan pada minit ke-90 perlawanan.
Sabah kini berada di tangga ke-4 liga dengan kutipan 42 mata dalam 22 perlawanan liga setelah meraih 13 kemenangan, 3 seri dan 6 kekalahan.