Sabah Turun Tanpa 4 Tonggak Harimau Malaya
MakanBola
Azri Haziq / MakanBola
Sponsors

Pasukan Sabah akan turun tanpa kelibat empat tonggak utama pasukan dalam aksi suku akhir kempen Piala Malaysia 2023 menentang pasukan Perak pada Jumaat kelak.

Pengendali pasukan, Datuk Ong Kim Swee optimis dan mahu The Rhinos melakar kemenangan di laman sendiri meski turun tanpa empat kelibat pemain Harimau Malaya iaitu Stuart Wilkin, Darren Lok, Daniel Ting dan Dominic Tan.

Ad

Beliau yakin dengan kemampuan anak buahnya yang lain dan memberi bayangan bakal menurunkan rangkaian pemain yang jarang ditutunkan bersama skuad utama sebelum ini.

Ad

“Kita mempunyai percaturan penting jumaat ini dengan meletakkan beberapa pemain lain yang telah lama tidak diturunkan.”

“Mereka akan mengalas tugas penting jumaat ini. Apa yang penting mereka perlu bermain secara ‘Team Work’ sekali gus menunjukkan komitmen tinggi dalam perlawanan ini nanti,” ujar Ong Kim Swee.

Ad

Ong Kim Swee dalam pada itu dilihat begitu rapi dalam membuat persiapan pasukan dengan merehatkan beberapa tonggak sebagai persediaan di pentas Piala AFC kelak.

Ad

Beliau bagaimanapun menegaskan pasukannya tidak akan memandang rendah dengan kebolehan pasukan Perak di saingan Piala Malaysia kali ini.

Ad

“Jadi daripada segi persiapan dan taktikal saya tidak nampak kita akan mempunyai banyak masalah walaupun dengan ketiadaan beberapa pemain lain yang terlibat bersama pasukan kebangsaan.”

“Apa yang penting beberapa pemain yang menyertai latihan bersama pasukan kebangsaan dapat mengekalkan kecergasan mereka kerana selepas ini ada beberapa perlawanan yang penting termasuk AFC,” kata Ong Kim Swee.

Selepas aksi bertemu Perak dalam saingan Piala Malaysia Jumaat ini, skuad The Rhinos akan turun beraksi di pentas Piala AFC bertemu Hougang United, Selasa depan. Ujian pertama buat anak buah Ong Kim Swee itu dijadualkan berlangsung di Stadium Likas tepat jam 8 malam.