Sabah Umum Pengganti Ramon Machado, Kontrak 9 Bulan
MakanBola
Sabah FC
Sponsors

Pasukan Liga Super, Sabah FC telah mengumumkan pengganti Ramon Machado.

The Rhinos sebelum ini sudah pun menyatakan hasrat untuk membawa masuk muka baharu setelah pemergian Machado ke Azerbaijan.

Ad

Usaha itu akhirnya berjaya menemui titik noktah apabila kelab mengumumkan ketibaan penyerang sensasi Brazil, Joao Pedro.

Ad

Pemain berusia 24 tahun itu sah memjadi tonggak baharu Sabah FC bagi baki 9 bulan musim 2024/25.

Beliau juga memiliki pengalaman beraksi di Asia Tenggara bersama Viettel FC di Vietnam namun hanya bertahan selama 5 bulan sahaja.

Ad

Kehadiran pemain muda ini selaras dengan hasrat pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee yang mahu suntikan baharu susulan kecederaan pada posisi serangan pasukan.

Ad

Sabah kini menghuni tangga ke-4 Liga Super selepas 8 perlawanan dengan 13 mata, dua mata dipisahkan dengan pasukan tangga ketiga iaitu Terengganu FC.