Sabah vs Sri Pahang: The Rhinos Jinakkan Tok Gajah
MakanBola
Sri Pahang FC

Perlawanan malam ini menyaksikan pertembungan di antara Sabah FC menentang Sri Pahang yang berakhir dengan keputusan 4-0.

Penyerang berbisa Sabah, Darren Lok berjaya menjaringkan gol pertama seawal minit ke-9 permainan selepas mudah menerima hantaran daripada Ramon Machado. 

Pada minit ke-43 permainan, penyerang kelahiran Brazil, R. Machado menjaringkan gol kedua buat Sabah selepas menerima kemas lorongan bijak daripada pemain sayap, Saadil Ramdani.

Sabah menggandakan jaringan lagi menerusi Darren Lok pada minit ke-64 permainan dengan rembatan deras dari luar kotak penalti. 

Selang 5 minit permainan, Stuart Wilkin menambah derita Sri Pahang apabila mudah menjaringkan gol keempat selepas kesilapan yang dilakukan oleh pertahanan Pahang.

Tiga minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan.