Sabastian Sawe Antara 3 Pelari Pecah Rekod Dunia Maraton
UltraSukan
World Athletics

Pelari jarak jauh Kenya, Sabastian Sawe menjadi sebahagian daripada tiga pelari yang berjaya memecahkan rekod dunia dalam acara maraton.

Pelari berusia 31 tahun mencipta rekod baharu dunia dengan catatan masa 1 jam 59 minit dan 30 saat dalam acara London Marathon 2026.

Ramai peminat sukan maraton menyangka tiada siapa boleh melakar catatan masa di bawah dua jam untuk acara maraton. Malah, rekod sebelumnya dipegang Kevin Kiptum dengan catatan masa 2:00.35.

Namun begitu, akhbar The Guardian melaporkan segalanya berubah apabila Sawe muncul pemenang London Marathon 2026 dengan catatan masa yang dinyatakan.

Selain berada pada tahap kecergasan terbaik, pasukan sokongan pelari Kenya itu turut memaklumkan bahawa beliau berlari menggunakan kasut baharu Adidas Adios Pro 3.

Kasut ini memberi kelebihan kepada pelari kerana memiliki berat sebanyak 97 gram. Ini menjadikan kasut Adidas Adios Pro 3 sebagai kasut paling ringan dalam sejarah.

Sawe bukan satu-satunya pelari yang mencipta rekod masa di bawah dua jam. Pelari Ethiopia, Yomif Kejelcha dan Jacob Kiplimo masing-masing merekodkan 1:59:41 dan 2:00:28 di tempat kedua dan ketiga.

Sawe dijangka menerima lebih AS$1 juta (RM3.9 juta) dalam bentuk hadiah kemenangan, yuran penampilan dan bonus.