Saddil Ramdani Berang Dengan Tuduhan Tidak Beraksi Baik Bersama Timnas Indonesia
Asia Tenggara
PSSI
Advertisements

Bukan sekali kita mendengar penyokong membandingkan prestasi pemain bila beraksi di kelab mahupun pasukan kebangsaan. Tetapi dalam kes pemain sayap Indonesia, Saddil Ramdani, perbandingan yang dibuat penyokong amat melampau hingga mendorongnya meluahkan perasaan di Instagram hari ini.

Pemain sayap Sabah itu merasakan jangkaan segelintir penyokong terhadap pemain-pemain Timnas Indonesia terutama pemain gantian sebagai melampau.

Ini kerana bila pemain tidak menunjukkan prestasi baik bila diturunkan, kelompok ini menganggap pemain tersebut tidak dilayak dipanggil menyertai Tim Garuda.

Advertisements

Saddil merasakan mentaliti sebegitu sebagai ke belakang dan langsung tidak membantu Tim Garuda. Justeru, beliau menyeru para penyokong Indonesia untuk memberi kepercayaan kepada pasukan agar mereka dapat tampil cemerlang di atas padang.

“Jadi mengapa anda membandingkan persembahan saya dengan pasukan kebangsaan dan kelab berbeza? Ya, ia berbeza, saya benar-benar sebagai pemain memerlukan minit permainan dan kebebasan untuk bermain.

Advertisements

“Adakah kita diberi begitu dalam pasukan kebangsaan? Tidak sama sekali!!! Anda hanya melihatnya dari sudut yang tidak masuk akal, bermain hanya 15 minit 20 minit atau bahkan 7 minit dan kemudian anda berkata dia tidak boleh bermain dalam Timnas.

“Kalau kita tidak boleh meningkatkan kemampuan kita untuk hal seperti itu dan menambah kepercayaan diri kita, buat apa kita bermain dalam pertandingan?

Advertisements

“Anda yang tidak tahu, ubahlah mentaliti dan pemikiranmu. Anda tidak berada dalam posisi kami, komen dan kritiklah yang membina. Jangan buat kami gelisah dengan kritik seperti ini.

“Ingat, kami pemain memerlukan minit permainan yang lebih dan kepercayaan yang penuh untuk boleh menyesuaikan diri dengan pasukan mahupun meningkatkan (kekuatan) mental,” tulisnya panjang lebar.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram