Saddil Ramdani Ingin Tampil Cemerlang Selepas Pulih
MakanBola
Sabah FC

Pemain sayap Sabah FC, Saddil Ramdani berharap dapat kembali berada pada tahap terbaik menjelang aksi separuh akhir pertama Unifi Piala Malaysia menentang Sri Pahang FC.

Sebelum ini, Saddil tidak dapat menunjukkan prestasi terbaik kerana mengalami ketidakselesaan di bahagian peha dan hamstring.

Ad

Situasi ini menyebabkan pemain sayap Indonesia berusia 26 tahun itu tidak dapat menambah koleksi lima gol dan dua bantuan gol dalam musim 2024/25 setakat ini.

Ad

Kini, Saddil menghela nafas lega kerana kecederaan yang dialaminya sudah pulih. Justeru, beliau teruja untuk kembali mempamerkan prestasi terbaik menentang Sri Pahang.

“Sebelum ini, saya mengalami kecederaan juga. Saya banyak mengalami ketidakselesaan di otot bahagian kiri saya iaitu otot peha dan hamstring,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Ad

“Jadi, saya banyak terlepas perlawanan-perlawanan penting di pusingan pertama (Liga Super). Perlawanan yang sangat penting untuk pasukan. Tapi saya merasa senang kerana pasukan sentiasa maju dan berikan yang terbaik.

Ad

“Saya lihat pemain-pemain lain juga beraksi dengan sangat baik, saya senang. Oleh itu dengan saya merasa sihat dan bermain kembali, saya harap dapat memberikan hal-hal positif dan bisa beraksi kembali.”

Ad

Sabah bakal berdepan Sri Pahang di Stadium Likas untuk aksi separuh akhir pertama Unifi Piala Malaysia pada 18 Januari. Ini disusuli aksi separuh akhir kedua di Temerloh pada 2 Februari.

Sang Badak berharap dapat mengulangi pencapaian ke final Unifi Piala Malaysia. Kali terakhir perkara itu dicapai ialah tahun 2003 ketika Sabah dibimbing Peter Butler.