Safawi Rasid Ada Pandangan Berbeza Mengenai Keperluan Pemain Naturalisasi
Asia
Ratchaburi FC
Advertisements

Pemain sayap Ratchaburi FC, Safawi Rasid memiliki pandangan tersendiri mengenai keperluan penggunaan pemain naturalisasi pada peringkat kelab mahupun negara.

Bintang yang dipinjamkan dari Johor Darul Ta’zim (JDT) ini memberi komentarnya sendiri tentang negara yang memilih untuk menggunakan kudrat asing bagi memantapkan pasukan.

Seperti yang sedia maklum, negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Filipina menggunakan khidmat pemain naturalisasi manakala Thailand dan Vietnam tidak memilih untuk mmepertaruhkan pemain luar dalam pasukan kebangsaan mereka.

Advertisements

Menurut Safawi, beliau melihat ini sebagai satu perkara yang positif sekiranya pemain tersebut memiliki keperluan yang dapat memberi nilai tambah kepada sesebuah pasukan.

“Saya gembira jika mereka datang dan membantu pasukan sekiranya mereka pemain yang baik.”

“Mereka perlu tahu budaya di Malaysia, mendengar arahan jurulatih ia sudah tentu bagus.”

Advertisements

“Tetapi jika mereka tidak berdisiplin dan hanya memiliki kualiti setanding pemain tempatan, jadi ia tiada gunanya,” jelasnya.

Safawi juga mahu kualiti pemain ini lebih baik daripada apa yang ditawarkan oleh pemain tempatan kerana mereka perlu memberi nilai tambah kepada pasukan.

Beliau kini sudah pun menyesuaikan diri bersama pasukan dan terus menjadi sandaran jurulatih bagi memantapkan jentera serangan Ratchaburi.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram